Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

Take part in Astro PVR Change your Life Contest today & win a trip to KK!

Social Sharing RM 900.00 left to be rewarded
RM 0.40 per unique click

Come on and join the "How would Astro PVR Change your life" to win a new awesome decoder! Just by joining #byondpvr
just click here
http://www.churpchurp.com/ambosore/share/astropvr-changeyourlifecontest/

Take part in Astro PVR Change your Life Contest today & win a trip to KK!

Check out Astro B.yond PVR where you can record all your favorite Astro shows and watch what you want, when you want them. Astro B.yond PVR has just made our lives easier!

If you’d like to get an Astro B.yond PVR for yourself and take charge of your TV-viewing experience, we’ve got good news for you!

Astro is holding a contest exclusively for you Nuffnang Bloggers where you could stand a chance to receive, enjoy and review an Astro B.yond PVR set, and even win a 3D/2N getaway to Sutera Harbour in Kota Kinabalu!

Drop a comment on the blog post, and answer this question: “How Would Having Astro PVR Change Your Life?” and share to your friends and followers on this life changing experience!

Don't forget to tag Astro FB @Astro if you're sharing on FB or @astroonline if you’re sharing on Twitter!

Start sharing the contest today!

http://www.churpchurp.com/ambosore/share/astropvr-changeyourlifecontest/

Ummi saman Anwar, Wan Azizah, Karpal, Pas RM700 juta





KUALA LUMPUR 11 Jan. – Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

“Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

“Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.

Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.

“Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula,” tegasnya.

Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR.

“Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat.

“Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.

Pak haji cabul anak murid isteri

http://www.utusan.com.my

HULU SELANGOR 8 Jan. - Syaitan bertopengkan 'pak haji'.Watak itu sesuai digambarkan terhadap seorang ketua kampung berusia 53 tahun di sini yang didakwa tergamak mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun sejak dua tahun lalu.

Lebih terkutuk, lelaki itu menjadikan murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang dikendalikan isterinya sebagai mangsa.

Bagaimanapun, tindakannya itu terbongkar selepas seorang mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluan kepada ibunya Rabu lalu.

Berikutan itu, ibu mangsa yang merupakan pembantu Pegawai Kesihatan membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Bahru di sini berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Norel Azmi Yahya Affandi berkata, menurut laporan yang dibuat, mangsa dimasukkan ke pusat asuhan itu sejak berusia empat tahun.

"Sejak dimasukkan ke situ, mangsa dipercayai dicabul beberapa kali oleh seorang lelaki dikenali sebagai 'Pakcik Jan'.

"Kali terakhir mangsa dicabul ialah pada Selasa lalu sebelum kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan. Berikutan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum laporan polis dibuat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, mangsa sering diraba di bahagian kemaluan ketika berada di pusat asuhan berkenaan.

Norel Azmi menambah, hasil laporan tersebut, pihaknya telah menahan suspek yang tinggal di Kampung Kelapa, Kuala Kubu Bahru pada Rabu lalu.

Menurutnya, suspek telah direman selama tiga hari sejak ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 377(E) Kanun Keseksaan.

Norshahrul Idlan Talaha: 'Kelantan di hatiku'

NORSHAHRUL...sudah ikat kontrak bersama Kelantan.
NORSHAHRUL...sudah ikat kontrak bersama Kelantan.

PELUANG beraksi di liga luar negara mungkin hanya datang sekali apatah lagi ia hadir seperti ‘satu penghargaan’ selepas mempamerkan aksi terbaik dan mengerah keringat hampir sebulan di Piala Suzuki AFF pada Disember lalu.

Namun, penyerang lincah kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa menolaknya meskipun sudah mendapat tawaran daripada tiga kelab Indonesia termasuk kelab Liga Super Indonesia (ISL), Sriwijaya FC.


Menurut pemain berusia 24 tahun kelahiran Besut, Terengganu, tindakan itu diambil kerana sudah mengikat kontrak untuk kekal bersama juara Piala Malaysia 2010, Kelantan sebelum saingan Piala Suzuki AFF bermula lagi.

“Saya akui tawaran itu agak lumayan dan memberi peluang bermain di luar negara namun saya terpaksa menolaknya kerana sudah tersenarai bersama skuad Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (LM) 2011 yang bermula kira-kira tiga minggu lagi,” katanya yang dipilih Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun lalu.


Norshahrul kini menumpukan sepenuh perhatian untuk membantu Kelantan mencapai sasaran ditetapkan iaitu menjadi empat pasukan teratas Liga Super, separuh akhir Piala FA dan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia serta layak beraksi di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 2012.


Pada saingan Piala Suzuki AFF itu, Norshahrul menggegar jaring lawan sebanyak dua kali namun dilihat sebagai penggerak utama jentera serangan terutama ketika membantu Malaysia membenam Indonesia 3-0 pada final pertama di Bukit Jalil.

Keberanian dan kemahirannya menggelecek pemain pertahanan Indonesia berjaya membuka ruang kepada dua jaringan Malaysia pada perlawanan itu dan seterusnya membantu Malaysia menjulang piala itu buat kali pertama sejak mula dipertandingkan 14 tahun lalu.


“Saya sangat gembira dengan kejayaan yang dicapai bersama Kelantan dan skuad kebangsaan pada tahun lalu. Saya harap meneruskan aksi konsisten seperti itu pada saingan LM musim ini.

“Namun sebagai pemain muda, saya sedar masih banyak perlu dipelajari untuk menjadi penyerang berkualiti dan benar-benar digeruni lawan,” jelasnya.


Selain Norshahrul, seorang lagi penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali yang juga penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol turut dilapor mendapat tawaran daripada beberapa kelab Indonesia dan Vietnam

Sultan Kelantan, Mustapa Bantu 250 Mangsa Kebakaran




GUA MUSANG, 7 Jan (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Muhammed Ke-V menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di kawasan setinggan di Jalan Sungai Chinda, di sini, Jumaat.

Sultan Kelantan menyampaikan bantuan berupa wang tunai, makanan dan peralatan keperluan harian kepada mangsa kebakaran itu di tapak kebakaran pada 5 petang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menyampaikan bantuan wang ihsan RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa.

Sebaik selesai menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran itu, baginda meninjau kawasan kebakaran itu dengan diiringi Ketua Jajahan, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid dan Mustapa.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat penempatan sementara di Pusat Sivik Gua Musang.

Dalam kebakaran pukul 1 pagi, ketika penduduk kebanyakkannya sedang nyenyak tidur, 50 buah rumah kayu setinggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Sungai Chinda hangus dan menyebabkan 250 penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Mustapa, ketika ditemui pemberita berkata beliau mahu pemimpin di peringkat jajahan ini mengambil langkah untuk menyediakan penempatan jangka panjang kepada mangsa terbabit.

Bagaimanapun, kata beliau buat sementara ini mereka dibenarkan tinggal di Pusat Sivik itu bagi memudahkan pelbagai pihak memberi bantuan termasuk makanan.

"Saya rasa sedih dengan nasib yang menimpa penduduk setinggan itu dan anggaplah ia sebagai ujian Tuhan yang perlu dihadapi bagi seseorang," katanya.

Mustapa berkata Kerajaan Pusat bersimpati dengan apa yang berlaku itu dan mengeluarkan peruntukan segera menerusi wang ihsan untuk mangsa kebakaran bagi meringankan beban mereka.

Katanya perancangan penempatan jangka panjang perlu dilakukan bagi mangsa terbabit untuk mengelakkan mereka terus hidup tertekan dengan masalah kehilangan tempat tinggal.

"Perkara itu kita serahkan kepada pemimpin dalam kawasan Parlimen Gua Musang untuk berbincang dan menetapkan keputusan terbaik bagi mengatasi masalah itu," katanya.



-- BERNAMA

Kes perkosa 2007, kenapa baru ditimbulkan?


PUTRAJAYA 7 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa dakwaan berlakunya satu kes jenayah memperkosa pada 2007 membabitkan seorang anggota Kabinetnya baru ditimbulkan sekarang.

Malah, kata beliau, menteri berkenaan telah pun membuat kenyataan menafikan alegasi tersebut dan bersedia untuk disiasat.

"Beliau telah membuat kenyataan dan bertegas dengan kenyataannya. Jadi, biarkan proses ini dijalankan dan kita tidak boleh menghukum dan mengumumkan tentang sesuatu perkara sehingga siasatan penuh telah dijalankan.

"(Cuma) persoalannya ialah perkara ini berlaku pada 2007 tetapi kenapa ditimbulkan masa sekarang," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini bagi mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti peraturan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penubuhan suruhanjaya itu adalah bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses siasatan terhadap mendiang Teoh Beng Hock.

Rabu lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menafikan alegasi kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.

Rais berkata: "Alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir- akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelik dan jahat.

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara."

Kata anggota Parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh Pas dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan spekulasi blogger adalah bukti bahawa alegasi itu bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

Sumber: utusan malaysia online