Selamat Berpuasa Enam

Assalamualaikum...

Puasa Enam............Belum habis lagi ni.

InsyaAllah akan habis dalam masa terdekat ini.


Sama-sama berdoa.

Derita ibu muda ternoda



WARTAWAN Kosmo! (tengah) menemuramah Anis dan Shima di Pusat Kebahagiaan Wanita Remaja di Gombak baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Hidup seorang gadis, Anis, 23, (bukan nama sebenar) pada mulanya cukup sempurna dengan mendapat pendidikan yang tinggi sehingga ke peringkat sarjana serta mempunyai ibu bapa yang amat menyayangi.

Segala kehendak gadis itu dituruti oleh ibu bapanya termasuk dibelikan komputer riba sehingga kasih sayang kepada Anis melebihi daripada sembilan adik-beradiknya yang lain.

Namun, kebahagiaan yang dikecapi Anis tidak berpanjangan apabila berlakunya peristiwa hitam dirinya dinodai teman lelaki pada Oktober tahun lalu sehingga menyebabkan dia melahirkan anak luar nikah bulan lalu.

"Sejak itu saya seperti dibuang oleh keluarga, mereka masih tidak dapat terima kenyataan saya buat perkara terkutuk ini (melahirkan anak luar nikah)," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika mengimbas kembali masa lalu, selain melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, Anis berkata, dia menerima pendidikan agama Islam yang cukup.

Bagaimanapun, kerana cinta terhadap teman lelaki yang dihalang oleh keluarganya, Anis akhirnya termakan pujuk teman lelaki yang secara sengaja mahu menodainya bagi membolehkan Anis menjadi miliknya.

"Selepas usia kandungan tujuh bulan baru saya beritahu ibu. Dia terus terdiam kaku tidak percaya anak yang paling disayangi sanggup memalukan keluarga," katanya.

Majlis Pertunangan





Beraya bersama keluarga


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Muaz ucapkan kepada semua teman-teman di luar sana. Ini gambar Muaz dan Abi ketika beraya di Lubuk Jambu, kampung Abi.


Jamuan seperti biasa kat kampung Abi ni.




Guru Ejen PPMM

Apa itu PPMM?

PPMM ialah singkatan daripada Pembangun dan Perubahan Minda Masyarakat.

Tugas seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah, lebih-lebih lagi dalam era yang mencabar ini yang menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu daripada para guru dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang cemerlang, berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredaan daripada Allah SWT.

Oleh itu kita seharusnya bersyukur di atas pengorbanan dan jasa guru yang telah mendidik dan membimbing kita menjadi manusia yang baik pada hari ini.

Abi Muaz & Baba Akeef


Abi Muaz n Baba Akeef bergambar dekat KL Convention Centre dengan berlatarbelakangkan bangunan berkembar KLCC.

Ini gambar ketika datang berbuka puasa dekat KL Convention Centre pada hari Sabtu 5.9.2009.